Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas, Awang Haji Abdul Azeez POKLP Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jaafar
GYEONGJU, REPUBLIK KOREA, Jumaat, 31 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berangkat menghadiri APEC Economic Leaders' Informal Dialogue with Guests (Session 1) yang berlangsung di Gyeongju Hwabaek International Convention Center (HICO), Gyeongju, Republik Korea.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Gyeongju Hwabaek International Convention Center (HICO) dialu-alukan oleh Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Lee Jae-myung, sebagai Pengerusi APEC Economic Leaders' Meeting (AELM).
Dalam APEC Economic Leaders' Informal Dialogue with Guests (Session 1), Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dalam titah, menekankan bahawa ketidaktentuan global yang semakin meningkat dan perubahan teknologi yang pesat memerlukan kerjasama yang diperbaharui untuk memastikan rantau ini sentiasa terhubung, berdaya tahan dan bersedia untuk masa hadapan.
Titah baginda, APEC mesti terus menggalakkan sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka, adil dan berasaskan peraturan, dengan WTO sebagai terasnya. Kerjasama antara sektor awam dan swasta yang kukuh adalah perlu untuk menangani cabaran, dalam mana transformasi digital, dan meningkatkan kemahiran untuk masa depan adalah utama untuk memperkasakan perniagaan dan mengukuhkan integrasi serantau, serta memacu pertumbuhan yang inklusif dan mampan. Merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (FTAAP) adalah teras kepada usaha ini.
Sesi tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Yang Terutama Presiden Republik Korea.
Juga hadir adalah pemimpin-pemimpin dari Kanada, Thailand, Jepun dan His Highness Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)